Thursday, January 1, 2009

SKSL DALAM SEJARAH

SK Sungai Lembing ditubuhkan pada 1935.Pada waktu itu, sekolah ini terletak ditepi sungai bandar Sungai Lembing bertentangan dengan padang awam serta berhampiran Kelab Buruh Sungai Lembing.Bangunannya adalah bangunan kayu.

Pada tahun 1975, SK Sungai Lembing telah berpindah ke sebuah tapak baru di Kampung Kuala Kenau atas arahan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.Ini adalah kerana sekolah tersebut sentiasa dilanda banjir. Pada waktu itu Guru Besarnya adalah En. Md Suhaimi Ab Karim.

Pada tahun 1976, National Type Primary School (English), berpindah ke SK Sungai Lembing, maka bermulalah pada tahun itu, hanya satu Sekolah Kebangsaan yang diiktiraf di Sungai Lembing.Tapak asal English School tersebut terletak di SMK Sungai Lembing sekarang.Hanya satu bangunan asal yang masih tinggal kerana telah didirikan bangunan baru sekolah menengah tersebut.

Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada hari Ahad, 20 September 1981 oleh YB Datuk Mohd Najib b Tun Hj Abd. Razak, Timbalan Menteri Kewangan pada waktu itu.


PENGIKUT

ILMU UNTUK MAJU